Monday 30 November 2015

Pemikiran Dr.J

TERUTAMA ketika lapang dan berasa kurang dihormati, wajar juga Ketua Kampung menonton filem-filem lama yang memuatkan cerita betapa hebatnya peranan Penghulu Kampung zaman dahulu. Semoga dapat sumber inspirasi untuk mentadbir kewibawaan kampung. Tidak mengapa jika ditonton bersama Presiden Majlis Kemajuan Kampung (pengerusi JKKK).

Sunday 29 November 2015

Pemikiran Dr.J

PEMIMPIN adalah sebuah institusi. Pemimpin perlu ingat ini selalu. Jika terlupa, pemimpin TERANGGAP jawatan disandangnya sebagai miliknya. Akhirnya pemimpin itu mati lemas oleh keistemewaan demi keistemewaan yang dikaut secara berterusan daripada kemuliaan jawatan itu. Kesannya, rakyat tidak berpemimpin walaupun pada zahirnya pemimpin itu ampai-ampai di depan mereka.

Pemikiran Dr.J

KETIKA pemimpin perlu juga dikelilingi pengikut untuk menampakkan pengaruh dan sumber motivasi, wajib juga dilengkapi dengan ahli fikir. Sedihnya, pemikir adalah pendiam dan nampak tidak menghiburkan--sesuatu yang kurang mendapat tempat di hati pembesar, maka kekallah ahli lawak mengelilingi pembesar sehingga kejatuhannya.

Thursday 26 November 2015

Pemikiran Dr.J

Mengejar impian ertinya mencapai kejayaan. Jika pemimpin tiada impian besar maka rakyat hanya mencapai sedikit kejayaan. Yang demikian akan menjadikan pemimpin tidak lagi releven serentak melahirkan pemimpin antagonist yang melawan sahaja kerjanya. Kekal lah releven dengan ideologi baru supaya rakyat banyak harapan untuk berjaya.

Monday 23 November 2015

BANGKITLAH SEPERTI AIR YANG TERBAKAR MEMPERTAHANKAN NEGERI SABAH (dari kolum saya, APA SAJA LAH di The New Sabah Times 23 nov 2015)

Dalam kolum ini, kami pernah menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan rakyat Sabah berikutan dengan kejadian penculikan demi penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah di bawah tajuk TIDAK CUKUP HITAM KAH SEJARAH SABAH? Untuk mengingatkan kembali hal ini, wajar juga kami menyebut sekali lagi apa yang kami telah tulis beberapa bulan lalu.
Pada 14 Mei, 2015 di Ocean King Restaurant, kira-kira 3 kilo meter jauhnya dari bandar Sandakan, berlaku penculikan terbaru yang melibatkan pemilik restoran itu, Thein Nyuk Fun dan seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen. Lebih menakutkan lagi kejadian itu berlaku hanya sekitar 3 kilo meter sahaja jauhnya daripada ESSCOM--agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal keselamatan pesisiran pantai timur dan utara Sabah. Thein Nyuk Fun bernasib baik kerana selamat kembali ke pangkuan keluarga baru-baru ini sesudah sengsara dalam tawanan penculik beberapa bulan lamanya.
Namun, takala kita gembira kerana akhirnya Thein Nyuk Fun selamat, kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam Bernard Then Ted Fen oleh penculik baru-baru ini. Hal ini menjadi perhatian Dewan Rakyat dan ucapan takziah ditujukan kepada keluarga Bernard Then. Di Sabah, Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman mengutuk tindakan itu. Maknanya kedua-dua dewan pembuat keputusan menyedari apa yang telah berlaku. Kami, secara peribadi mengharapkan supaya Manila dan kerajaan-kerajaan lain di dunia yang cintakan keamanan akan lebih bersimpati kepada rakyat Sabah yang sememangnya terkenal dengan sikap berbaik-baik dengan sesiapa sahaja tanpa memilih kaum, agama, kepercayaan dan fahaman politik.
Kami juga menyebut bahawa prestiwa berdarah Tonduo ialah ibu kepada ketakutan rakyat Sabah. Rakyat masih ingat, Sabah pada ketika itu seakan di ambang peperangan yang musuhnya ada di mana-mana, telah menyusup entah bila. Kejadian ini telah memaksa kerajaan mempertingkatkan kawalan keselamatan persempadanan Malaysia-Filipina melalui penubuhan ESSCOM.
Sepanjang tahun 2014, empat kejadian penculikan telah berlaku yang bukan sahaja mendatangkan ketakutan rakyat Sabah malahan turut menggerunkan komuniti dunia khususnya pelancung, iaitu seorang pelancung warga negara Cina di Singa mata Reef Resort Semporna diculik pada 2 April, kemudian disusuli lagi dengan penculikan seorang warga negara Cina di Pulau Baik di Lahad Datu diculik pada 6 Mei, manakala Pengurus Ladang Ikan di Kampung Air Sepang Kunak diculik 16 Jun dan Polis Marin di Pulau Mabul Semporna diculik pada 12 Julai.
Kami juga berasa hairan, mengapa rakyat Sabah kurang menampakkan kepekaan kepada keselamatan negeri ini. Sungguhpun Sabah mengalami beberapa prestiwa penculikan, pencerobohan dan juga penjajahan namun prestiwa hitam ini gagal membentuk ketakutan yang melampau sehingga mewujudkan budaya menjaga keselamatan negeri Sabah.
Wahai rakyat Sabah, tunggu apa lagi? Marilah bangkit dengan semangat membara seperti air yang terbakar mempertahankan negeri ini daripada ancaman musuh. Bangkitlah dengan model keselamatan negeri Sabah yang kita sayangi ini. Semoga dengan adanya model keselamatan itu yang dibangunkan sendiri oleh rakyat, lama kelamaan akan menjadi budaya rakyat Sabah untuk bangkit menjaga keselamatan rakyat bersama-sama dengan pasukan keselamatan kita.

Friday 20 November 2015

Pemikiran Dr.J

Janganlah berputus asa untuk terus menyayangi negeri kita. Hanya dengan semangat patriotik ini sahaja dapat menyelamatkan tanah kelahiran kita. Semangat ini wajar banyak dalam jiwa kita malahan biarlah mengatasi hal ekonomi dan politik kerana apa lah gunanya kita maju dalam aspek ini jika tanah tumpah darah kita yang menepatkan tulang belulang nenek moyang kita tergadai kepada bangsa asing?

Thursday 12 November 2015

Pemikiran Dr.J

Anjakan pradigma boleh berlaku dalam kalangan rakyat jika pemimpin daripada bidang lain diangkat menjadi ketua. Mendekati kefahaman ini, saksikanlah perubahan pradigma organisasi A yang dipimpin oleh ahli sains berdekad lamanya ketika berada dalam kepimpinan seorang sasterawan. Anjakan ini signifikan sebab bukankah pradigma juga ada usia? Pradigma tua tidak lagi releven. Ia umpama mesin taip yang tetap dihormati, namun tidak lagi releven dalam zaman digital.

Friday 6 November 2015

Monday 2 November 2015

PERKENALKAN HARI ETNIK SABAH (Dari kolum saya APA SAJA LAH terbitan THE NEW SABAH TIMES)



AKAN tiba masanya semua etnik di negara ini perlu menampakkan identitinya secara bersungguh-sungguh. Terutama di Sabah, detik itu sudah tiba dan tidak boleh dilengahkan lagi. Mesti lakukan sekarang melalui HARI ETNIK SABAH.
Hari etnik ini ertinya, hari yang mana semua etnik di Sabah memakai baju tradisi masing-masing dengan lengkap. Betul betul lengkap, bukan main hentam pakai sahaja supaya si pemakainya dapat menampakkan identiti sebenar etniknya.
Bukan setakat pakai baju etnik sahaja pada hari itu. Wajib juga cakap dalam bahasa etnik masing masing sebab bahasa juga identiti bangsa.
Aspek lain yang perlu juga dinampakkan ialah nilai nilai atau etika hidup etnik tersebut. Maknanya tingkahlaku setiap pemakai baju itu pada hari itu dipandu oleh tatasusila etniknya.
Hari etnik Sabah ini perlu diadakan sekali dalam sebulan. Dilakukan oleh pemimpin pemimpin etnik itu sendiri sebelum dicontoi oleh jutaan pengikutnya.
Ada pula standard kualiti perilaku pemakaian. Contohnya, tidak boleh memakai baju etnik lain untuk elak kekeliruaan dan salah faham.
Apakah hari yang sesuai bagi hari etnik Sabah? Hujung minggu lah--Sabtu atau Ahad. Hari hari biasa kurang sesuai, anggota perkhidmatan awam tidak boleh menyertai terutama yang berpakaian seragam seperti polis dan bomba.
Pada tahap ini wajar juga disebut mengapa kita perlu lakukan ini. Akhirnya kita kehilangan jati diri jika kita berterusan "menapuk" identiti kita disebalik baju baju lain dan bahasa lain. Oleh itu kita perlu pakai baju sendiri dan bahasa sendiri.
Konsep ini tidak bertujuan melawan dasar perpaduan negara. Kita perlu nampakkan identiti sahaja melalui pakaian tradisi dan bahasa ibunda pada hari itu. Ini tidak menghalang daripada bergaul dengan bangsa lain.
Ini memudahkan kita melakukan ethnic inventory Sabah bagi tujuan menetapkan hakcipta budaya etnik berkenaan. Bagi etnik yang belum ada baju tradisi sebagai contoh, tentu berasa tidak selesa sebab ketika etnik lain sudah dengan bangganya menampakkan baju mereka, etnik itu tiada baju yang dipakai untuk menampakkan identiti. Hal ini akan mendorong etnik itu kembali kepada budayanya, mengkaji sastera rakyatnya apakah baju yang dipakai oleh etniknya di zaman lampau. Dengan sedikit kerajinan dan pengorbanan wang dan masa, etnik itu pasti dapat kesan baju tradisinya dalam cerita rakyat legenda atau mitos. Dengan kata ini, hari etnik sabah ini akan memberi mesej kepada etnik etnik bersatu untuk kepentingan melindungi dan memulihara warisan ibunda mereka.
Usaha pelbagai NGO selama ini dalam memperkenalkan identiti etnik masing masing perlu diperkasakan dengan impian etnik berkenaan kekal menampakkan pengaruhnya dalam konteks budaya dalam arus perdana. Pemerkasaan usaha berkenaan menjadikan generasi muda kekal punya jati diri terhadap kaumnya. Umpamanya, dalam situasi tertentu tetap memilih bambangan, langsat, rangalau bulunuh atau tarap walau ada apple di sana sini.
Sebagai ingatan bersama, internet telah membuka ruang bagi generasi baru untuk mengkagumi negara lain tanpa mengalihkan punggung. Memadai kekal menghadap komputer untuk ke mana mana negara di dunia, mengetahui hal ehwal negara itu.
Kerana masih mudah dan masih belum terbentuk jati diri, golongan muda ini mudah berwatak bundar, mudah dipengaruhi oleh hal hal yang nampak baik tetapi sebenarnya jahat dari segi perundangan, nilai, etika dan moral etnik etnik Sabah. Kita mahu generasi muda berminda dunia tetapi kekal berjiwa local. Apa lagi pilihan terbaik selain menanamkan jati diri dalam jiwa mereka.
Kami ingin melihat apa yang kami bayangkan sekarang. Setiap bulan di seluruh Sabah semua etnik mengenakan pakaian tradisi masing masing. Jika ke Kudat, nampak warna warni identiti Rungus. Jika ke Kota Marudu, nampak pelbagai etnik dalam pakaian tradisinya. Teruskan imiginasi anda masing masing, pasti meremang bulu roma.

Sunday 1 November 2015

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA


Menyampaikan bantuan pelajar di SMK.Pinawantai . Turut hadir Setiausaha PEKEMA Mohd Yatim, mantan MP BANDAU Datuk George Sangkin dan MANTAN DO Datuk Abd Latiff kandok dan Cikgu Willson

Aktiviti Dr.J


Dr.J menghadiri pernikahan saudara di kg kuranji kota marudu. Turut hadir manran MP BANDAU datuk george sangkin dan manran DO datuk abd latiff kandok

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA di SMK.Kota Marudu


Dr.J menyampaikan bantuan pelajar di smk kita marudu. Turut hadir setausaha eksekutif PEKEMA mohd Yatim, Ketua penolong pengarah pendidijan tuan mudin, mantan MP BANDAU datuk george sangkin dan mantan Do datuk abd latiff dan cikgu jesson majimal

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA di SMK.Tandek, Kota Marudu


Menyampaikan bantuan kepada pelajar smk tandek. Turut hadir mantan MP BANDAU datuk george sangkin dan mantan DO kinabatangan datuk abd latiff kandok dan cikgu Jeson Majimal