Tuesday 1 December 2015

DR.J MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KE.SK MANGGARIS



Dato Dr Janathan Kandok, Pengerusi Eksekutif INPES menyerahkan bantuan Peralatan Pelajar YAYASAN PEKEMA kepada pelajar pelajar di SK Manggaris, Kota Marudu. Turut hadir Datuk George Sangkin Ahli Parlimen Bandau ke 6, Pengerusi Majlis Guru Besar Kota Marudu, George Elang, Jekius Moni, Guru Besar SK Tagibang dan Guru Besar SK Manggaris.

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN


Dato' Dr Hj Janathan Kandok (Dr.J), Pengarah Kastam Sabah menyampaikan sumbangan Pegawai-Pegawai Kastam Kudat kepada mangsa kebakran di Kg.Ranau Kota Marudu iaitu En.Jamal Jonggin.

Monday 30 November 2015

Pemikiran Dr.J

TERUTAMA ketika lapang dan berasa kurang dihormati, wajar juga Ketua Kampung menonton filem-filem lama yang memuatkan cerita betapa hebatnya peranan Penghulu Kampung zaman dahulu. Semoga dapat sumber inspirasi untuk mentadbir kewibawaan kampung. Tidak mengapa jika ditonton bersama Presiden Majlis Kemajuan Kampung (pengerusi JKKK).

Sunday 29 November 2015

Pemikiran Dr.J

PEMIMPIN adalah sebuah institusi. Pemimpin perlu ingat ini selalu. Jika terlupa, pemimpin TERANGGAP jawatan disandangnya sebagai miliknya. Akhirnya pemimpin itu mati lemas oleh keistemewaan demi keistemewaan yang dikaut secara berterusan daripada kemuliaan jawatan itu. Kesannya, rakyat tidak berpemimpin walaupun pada zahirnya pemimpin itu ampai-ampai di depan mereka.

Pemikiran Dr.J

KETIKA pemimpin perlu juga dikelilingi pengikut untuk menampakkan pengaruh dan sumber motivasi, wajib juga dilengkapi dengan ahli fikir. Sedihnya, pemikir adalah pendiam dan nampak tidak menghiburkan--sesuatu yang kurang mendapat tempat di hati pembesar, maka kekallah ahli lawak mengelilingi pembesar sehingga kejatuhannya.

Thursday 26 November 2015

Pemikiran Dr.J

Mengejar impian ertinya mencapai kejayaan. Jika pemimpin tiada impian besar maka rakyat hanya mencapai sedikit kejayaan. Yang demikian akan menjadikan pemimpin tidak lagi releven serentak melahirkan pemimpin antagonist yang melawan sahaja kerjanya. Kekal lah releven dengan ideologi baru supaya rakyat banyak harapan untuk berjaya.

Monday 23 November 2015

BANGKITLAH SEPERTI AIR YANG TERBAKAR MEMPERTAHANKAN NEGERI SABAH (dari kolum saya, APA SAJA LAH di The New Sabah Times 23 nov 2015)

Dalam kolum ini, kami pernah menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan rakyat Sabah berikutan dengan kejadian penculikan demi penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah di bawah tajuk TIDAK CUKUP HITAM KAH SEJARAH SABAH? Untuk mengingatkan kembali hal ini, wajar juga kami menyebut sekali lagi apa yang kami telah tulis beberapa bulan lalu.
Pada 14 Mei, 2015 di Ocean King Restaurant, kira-kira 3 kilo meter jauhnya dari bandar Sandakan, berlaku penculikan terbaru yang melibatkan pemilik restoran itu, Thein Nyuk Fun dan seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen. Lebih menakutkan lagi kejadian itu berlaku hanya sekitar 3 kilo meter sahaja jauhnya daripada ESSCOM--agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal keselamatan pesisiran pantai timur dan utara Sabah. Thein Nyuk Fun bernasib baik kerana selamat kembali ke pangkuan keluarga baru-baru ini sesudah sengsara dalam tawanan penculik beberapa bulan lamanya.
Namun, takala kita gembira kerana akhirnya Thein Nyuk Fun selamat, kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam Bernard Then Ted Fen oleh penculik baru-baru ini. Hal ini menjadi perhatian Dewan Rakyat dan ucapan takziah ditujukan kepada keluarga Bernard Then. Di Sabah, Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman mengutuk tindakan itu. Maknanya kedua-dua dewan pembuat keputusan menyedari apa yang telah berlaku. Kami, secara peribadi mengharapkan supaya Manila dan kerajaan-kerajaan lain di dunia yang cintakan keamanan akan lebih bersimpati kepada rakyat Sabah yang sememangnya terkenal dengan sikap berbaik-baik dengan sesiapa sahaja tanpa memilih kaum, agama, kepercayaan dan fahaman politik.
Kami juga menyebut bahawa prestiwa berdarah Tonduo ialah ibu kepada ketakutan rakyat Sabah. Rakyat masih ingat, Sabah pada ketika itu seakan di ambang peperangan yang musuhnya ada di mana-mana, telah menyusup entah bila. Kejadian ini telah memaksa kerajaan mempertingkatkan kawalan keselamatan persempadanan Malaysia-Filipina melalui penubuhan ESSCOM.
Sepanjang tahun 2014, empat kejadian penculikan telah berlaku yang bukan sahaja mendatangkan ketakutan rakyat Sabah malahan turut menggerunkan komuniti dunia khususnya pelancung, iaitu seorang pelancung warga negara Cina di Singa mata Reef Resort Semporna diculik pada 2 April, kemudian disusuli lagi dengan penculikan seorang warga negara Cina di Pulau Baik di Lahad Datu diculik pada 6 Mei, manakala Pengurus Ladang Ikan di Kampung Air Sepang Kunak diculik 16 Jun dan Polis Marin di Pulau Mabul Semporna diculik pada 12 Julai.
Kami juga berasa hairan, mengapa rakyat Sabah kurang menampakkan kepekaan kepada keselamatan negeri ini. Sungguhpun Sabah mengalami beberapa prestiwa penculikan, pencerobohan dan juga penjajahan namun prestiwa hitam ini gagal membentuk ketakutan yang melampau sehingga mewujudkan budaya menjaga keselamatan negeri Sabah.
Wahai rakyat Sabah, tunggu apa lagi? Marilah bangkit dengan semangat membara seperti air yang terbakar mempertahankan negeri ini daripada ancaman musuh. Bangkitlah dengan model keselamatan negeri Sabah yang kita sayangi ini. Semoga dengan adanya model keselamatan itu yang dibangunkan sendiri oleh rakyat, lama kelamaan akan menjadi budaya rakyat Sabah untuk bangkit menjaga keselamatan rakyat bersama-sama dengan pasukan keselamatan kita.

Friday 20 November 2015

Pemikiran Dr.J

Janganlah berputus asa untuk terus menyayangi negeri kita. Hanya dengan semangat patriotik ini sahaja dapat menyelamatkan tanah kelahiran kita. Semangat ini wajar banyak dalam jiwa kita malahan biarlah mengatasi hal ekonomi dan politik kerana apa lah gunanya kita maju dalam aspek ini jika tanah tumpah darah kita yang menepatkan tulang belulang nenek moyang kita tergadai kepada bangsa asing?

Thursday 12 November 2015

Pemikiran Dr.J

Anjakan pradigma boleh berlaku dalam kalangan rakyat jika pemimpin daripada bidang lain diangkat menjadi ketua. Mendekati kefahaman ini, saksikanlah perubahan pradigma organisasi A yang dipimpin oleh ahli sains berdekad lamanya ketika berada dalam kepimpinan seorang sasterawan. Anjakan ini signifikan sebab bukankah pradigma juga ada usia? Pradigma tua tidak lagi releven. Ia umpama mesin taip yang tetap dihormati, namun tidak lagi releven dalam zaman digital.

Friday 6 November 2015

Monday 2 November 2015

PERKENALKAN HARI ETNIK SABAH (Dari kolum saya APA SAJA LAH terbitan THE NEW SABAH TIMES)



AKAN tiba masanya semua etnik di negara ini perlu menampakkan identitinya secara bersungguh-sungguh. Terutama di Sabah, detik itu sudah tiba dan tidak boleh dilengahkan lagi. Mesti lakukan sekarang melalui HARI ETNIK SABAH.
Hari etnik ini ertinya, hari yang mana semua etnik di Sabah memakai baju tradisi masing-masing dengan lengkap. Betul betul lengkap, bukan main hentam pakai sahaja supaya si pemakainya dapat menampakkan identiti sebenar etniknya.
Bukan setakat pakai baju etnik sahaja pada hari itu. Wajib juga cakap dalam bahasa etnik masing masing sebab bahasa juga identiti bangsa.
Aspek lain yang perlu juga dinampakkan ialah nilai nilai atau etika hidup etnik tersebut. Maknanya tingkahlaku setiap pemakai baju itu pada hari itu dipandu oleh tatasusila etniknya.
Hari etnik Sabah ini perlu diadakan sekali dalam sebulan. Dilakukan oleh pemimpin pemimpin etnik itu sendiri sebelum dicontoi oleh jutaan pengikutnya.
Ada pula standard kualiti perilaku pemakaian. Contohnya, tidak boleh memakai baju etnik lain untuk elak kekeliruaan dan salah faham.
Apakah hari yang sesuai bagi hari etnik Sabah? Hujung minggu lah--Sabtu atau Ahad. Hari hari biasa kurang sesuai, anggota perkhidmatan awam tidak boleh menyertai terutama yang berpakaian seragam seperti polis dan bomba.
Pada tahap ini wajar juga disebut mengapa kita perlu lakukan ini. Akhirnya kita kehilangan jati diri jika kita berterusan "menapuk" identiti kita disebalik baju baju lain dan bahasa lain. Oleh itu kita perlu pakai baju sendiri dan bahasa sendiri.
Konsep ini tidak bertujuan melawan dasar perpaduan negara. Kita perlu nampakkan identiti sahaja melalui pakaian tradisi dan bahasa ibunda pada hari itu. Ini tidak menghalang daripada bergaul dengan bangsa lain.
Ini memudahkan kita melakukan ethnic inventory Sabah bagi tujuan menetapkan hakcipta budaya etnik berkenaan. Bagi etnik yang belum ada baju tradisi sebagai contoh, tentu berasa tidak selesa sebab ketika etnik lain sudah dengan bangganya menampakkan baju mereka, etnik itu tiada baju yang dipakai untuk menampakkan identiti. Hal ini akan mendorong etnik itu kembali kepada budayanya, mengkaji sastera rakyatnya apakah baju yang dipakai oleh etniknya di zaman lampau. Dengan sedikit kerajinan dan pengorbanan wang dan masa, etnik itu pasti dapat kesan baju tradisinya dalam cerita rakyat legenda atau mitos. Dengan kata ini, hari etnik sabah ini akan memberi mesej kepada etnik etnik bersatu untuk kepentingan melindungi dan memulihara warisan ibunda mereka.
Usaha pelbagai NGO selama ini dalam memperkenalkan identiti etnik masing masing perlu diperkasakan dengan impian etnik berkenaan kekal menampakkan pengaruhnya dalam konteks budaya dalam arus perdana. Pemerkasaan usaha berkenaan menjadikan generasi muda kekal punya jati diri terhadap kaumnya. Umpamanya, dalam situasi tertentu tetap memilih bambangan, langsat, rangalau bulunuh atau tarap walau ada apple di sana sini.
Sebagai ingatan bersama, internet telah membuka ruang bagi generasi baru untuk mengkagumi negara lain tanpa mengalihkan punggung. Memadai kekal menghadap komputer untuk ke mana mana negara di dunia, mengetahui hal ehwal negara itu.
Kerana masih mudah dan masih belum terbentuk jati diri, golongan muda ini mudah berwatak bundar, mudah dipengaruhi oleh hal hal yang nampak baik tetapi sebenarnya jahat dari segi perundangan, nilai, etika dan moral etnik etnik Sabah. Kita mahu generasi muda berminda dunia tetapi kekal berjiwa local. Apa lagi pilihan terbaik selain menanamkan jati diri dalam jiwa mereka.
Kami ingin melihat apa yang kami bayangkan sekarang. Setiap bulan di seluruh Sabah semua etnik mengenakan pakaian tradisi masing masing. Jika ke Kudat, nampak warna warni identiti Rungus. Jika ke Kota Marudu, nampak pelbagai etnik dalam pakaian tradisinya. Teruskan imiginasi anda masing masing, pasti meremang bulu roma.

Sunday 1 November 2015

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA


Menyampaikan bantuan pelajar di SMK.Pinawantai . Turut hadir Setiausaha PEKEMA Mohd Yatim, mantan MP BANDAU Datuk George Sangkin dan MANTAN DO Datuk Abd Latiff kandok dan Cikgu Willson

Aktiviti Dr.J


Dr.J menghadiri pernikahan saudara di kg kuranji kota marudu. Turut hadir manran MP BANDAU datuk george sangkin dan manran DO datuk abd latiff kandok

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA di SMK.Kota Marudu


Dr.J menyampaikan bantuan pelajar di smk kita marudu. Turut hadir setausaha eksekutif PEKEMA mohd Yatim, Ketua penolong pengarah pendidijan tuan mudin, mantan MP BANDAU datuk george sangkin dan mantan Do datuk abd latiff dan cikgu jesson majimal

Menyampaikan Sumbangan PERKEMA di SMK.Tandek, Kota Marudu


Menyampaikan bantuan kepada pelajar smk tandek. Turut hadir mantan MP BANDAU datuk george sangkin dan mantan DO kinabatangan datuk abd latiff kandok dan cikgu Jeson Majimal

Thursday 22 October 2015

ADA JUGA MAKANAN SESEDAP INI

Terutama yang seusia kami, lahir tahun 1957, memang terasa hidup dulu-dulu sangat susah. Terlalu sedikit kesenangan yang kami pernah rasa dan sebab itu kami mampu bercakap hal kesusahan itu berulang-ulang, tidak pernah rasa bosan. Terlalu banyak hal yang mudah diingat, seakan baru terjadi semalam. Masih jelas dalam ingatan walau sudah berlalu berdekad lamanya dan ingatan itu bukan dalam hitam putih tetapi dalam ingatan berwarna.
Kesusahan itu berlaku dalam zaman kanak-kanak, sekitar usia lima tahun. Hal ini mungkin tidak berlaku di tempat lain di Sabah. Kami tidak pasti. Dengan pengakuan ini, kami tidak memaparkan pengalaman hidup bagi pihak orang lain di luar Daerah Bandau (Kota Marudu).
Peta Sabah memang unik. Bahagian atas nampak macam kepala serigala. Nampak lapar--sentiasa mengangga. Berdekatan zon mengangga inilah letaknya Daerah Bandau dan ada dua kampung namanya Damai dan Layung dalam daerah ini. Dua buah kampung inilah dunia awal hidup kami--kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tetapi penuh dengan pelbagai angan-angan.
Bila nampak kapal terbang, cepat menghayalkan suatu hari nanti dapat naik entah terbang ke mana. Bila bapa kami cakap tentang balasan kejahatan, kami betul-betul takut api neraka dan mula mengharapkan dapat masuk syurga.
Bila kawan-kawan mengkagumi orang berambut ikal mayang, kami pun mahu juga ada rambut begitu sehingga sanggup keritingkan rambut guna dawai jemuran. Tidak menjadi sebab dawai terlalu panas--rambut hangus.
Cuba lagi cara lain. Minyak orang India jual di tamu. Terpengaruh cakapnya yang kononnya rambut gerenti keriting bila pakai itu minyak, kawan beli dan kami dapat sedikit. Tipu, rambut masih juga lurus. Cara lain, guna bedak keras. Uli rambut dengan bedak putih itu dan biarkan beberapa minit. Kononnya rambut boleh keriting. Juga tidak menjadi.
Last sekali, ini cousin kami ajar, botakkan kepala, pecahkan dua biji telor atas kepala. Lumurkan kepala dengan telor itu sebelum diperah dengan nenas. Bungkus kepala sehingga rambut panjang. Kononnya gerenti kereting macam penyanyi pop jeffredin. Kami tidak pernah cuba kaedah yang menakutkan ini. Kami yakin ini juga kaedah yang gagal sebab cousin kami yang ajar cara ini masih juga lurus rambutnya.
Orang bilang, semiskin-miskin orang kampung ada juga sedikit ayam. Kami penduduk kampung itu juga begitu, malahan memang ayam banyak. Kami teringat, bila jagung ditaburkan di halaman rumah, banyak ayam berebut-rebut makanan. Tetapi satu hal yang kami tidak faham, mengapa ayam sebanyak itu tidak dijadikan lauk kecuali ada yang sakit? Kami juga tidak faham mengapa ketika sakit sahaja baru dapat minum milo? Dan melebihi segalanya ialah betapa kami terperanjat apabila buat pertama kalinya terasa kicap sehingga berkata dalam hati: Ada juga makanan sesedap ini? Inilah kisah dulu-dulu yang sukar difahami oleh kanak-kanak zaman ini.

Sunday 18 October 2015

Pemikiran Dr.J

Perjuangan yang diredahi Tuhan ialah perjuangan bukan berdasarkan kebencian. Tidak baik menyatukan rakyat hanya kerana membenci sesuatu. Perjuangan begini tidak menarik berkat. Marilah kita berjuang berdasarkan kasih sayang--bukan kebencian.

Friday 9 October 2015

Monday 5 October 2015

Wednesday 10 June 2015

Apa Yang Rakyat Perlukan?

Sebagai rakyat yang dipimpin oleh pemimpin dari luar daerah sejak zaman berzaman, sudah tiba masanya kami inginkan revolusi pemimpin yang lebih patriotisme kepada kawasan kami iaitu P.168 Kota Marudu.

Sebagai langkah pertama, kembalikan semula kerusi Parlimen dan Adun kepada orang jati Kota Marudu jika tidak mahu melihat kekalahan BN dalam PRU 14 nanti...


Wednesday 1 April 2015


                                                                               ~ DR. J~

                                                                              

Dr.J

Bakal Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Tuesday 31 March 2015

GST not cause of price hike


Image result for Dato' Dr Jonathan Kandok

KOTA KINABALU – The government’s move to implement the Goods and Services Tax (GST) next April is not the cause of the increase in prices of goods and services, according to Customs Director Dato Dr. Janathan Kandok.
Janathan explained that the GST rate is 9 percent lower in comparison to the current sales tax.
“Under today’s sales and services tax, many goods are sold with a 10 to 15 percent tax rate. However, once the government replaces the current tax system to GST, tax rate will drop to 6 percent,” he said when contacted by SayangSabah today.
Janathan further added that price hike is caused by the demand and supply factor of goods or services among consumers.
“If production or services is less but demand is high among consumers, then the market price will definitely increase. This has nothing to do with GST,” he said.
Aside from local goods, Janathan said that the increase in prices of import goods is also not a result of GST.
“If there is a price increase in goods coming from overseas, then importers will also have to increase the selling prices of these goods to local consumers,” he said, adding that natural disaster is also a factor causing prices of goods and services to increase.
Janathan dismisses the negative opinion of certain parties claiming that the implementation of GST will cause a price hike in goods and services and therefore burden consumers in the country – By Fizah Yusof & Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Thursday 5 March 2015

KERANA INSTITUSI KELUARGA adalah umpama sebuah negara maka perpaduan ahli ahli keluarga adalah ibu kepada perpaduan warganegara Malaysia.

~DR.J~

Friday 27 February 2015

KEPIMPINAN ialah memujuk dan anda semua adalah pemimpin mengikut definisi ini. Anda berjaya memujuk seseorang untuk menyintai anda . Itu petanda anda seorang pemimpin, kemudian anda berjaya memujuk ribuan orang mengundi anda. Itu TATAP lah petanda anda seorang pemimpin tapi cabaran besar anda ialah membarakan semangat rakyat luar bandar, seperti air yang terbakar, bangkit berjuang membangunkan ekonomi institusi keluarga seperti yang dilakukan masyarakat cina dan india.

~DR.J~

Thursday 26 February 2015

JIKA mau jadi bintang filem Bollywood, wajib ada bakat menari jika tidak tidak boleh jadi hero, bahkan setakat pembantu hero pun tidak boleh. Kepimpinan pun begitu juga, jika tidak berbakat nampak begitu janggal di mata rakyat, sama seperti pelakon yang tidak berbakat menari akan menghasilkan tarian yang bukan sahaja menjemukan malahan boleh dianggap menghina penonton.
~DR.J~

Friday 20 February 2015

SAYA masih berpegang kepada kepercayaan bahawa perjuangan berdasarkan kasih sayang tidak memenatkan minda dan perasaan. Tiada yang didendami, dibenci atau dicemburui sebab Cake kasih sayang adalah sebesar semesta alam. Hanya dengan cara ini, 100% tenaga pemimpin, pejuang, penyokong dan pengikut tertumpu kepada core perjuangan. Pasti berjaya!

~DR.J~

Berkunjung ke kediaman Ketua Editor New Sabah Time, Freddy Ch'ng bersama-sama YB DSP Dr. Maximus J Ongkili.

Parti Bersatu Sabah Chinese New Year Celebration.




DR.J memenuhi undangan Sambutan CNY Parti Bersatu Sabah sebentar tadi di Kota Kinabalu. #ourfutureyb

Thursday 19 February 2015

Tuesday 17 February 2015

IDEOLOGI pada usianya, akan tiba saatnya tidak lagi relevan. Sebelum rakyat bingung, wajib muncul ideologi baru. ~DR.J~

Monday 16 February 2015

Beruntunglah rakyat yang menyokong pemimpin bukan semata-mata kerana loveable character yang dimilikinya sebaliknya berdasarkan perjuangan yang menguntungkan negara. ~DR.J~

Thursday 12 February 2015

MEMANG lah kita impikan kejayaan yang besar setiap hari tetapi jika impian itu belum jadi realiti, memadailah dengan kejayaan yang sedikit kerana ia adalah umpan untuk kejayaan demi kejayaan akan datang.

~DR.J~
ETNIK KECIL yang bermatian ingin etniknya muncul sebagai bangsa, wajar selalu ingat bahawa sesudah selesa kerana akhirnya berbangsa, mesti ada keinginan yang kuat untuk menjadi bangsawan. Hanya dengan cara ini, bangsanya dapat menampakkan kepada dunia tentang tamadun bangsanya.

~DR.J~

Wednesday 11 February 2015

AKHIRNYA AKAN tiba masanya anda berjaya dalam hidup dan ketika anda sibuk merayakannya, entah berapa lama, ada seseorang yang lebih gembira daripada anda namun anda tidak mengetahui siapa. Anehnya, insan ini tidak pernah muncul didepan anda sebaliknya berterusan berdoa untuk kejayaan anda akan datang.

~DR.J~

Tuesday 10 February 2015

ORANG bilang orang Sabah suka nyanyi dan memang betul orang Sabah gemar nyanyi. Supaya peranan lirik mendidik dan motivasikan rakyat lebih menampakkan pengaruhnya, wajar lebih banyak lagu motivasi dicipta. Bayangkan kesan kepada minda, perasaan dan tindakan rakyat Sabah sekiranya lagu lagu motivasi berterusan berkumandang di radio, TV, Karaoke, di pusat latihan, di universiti, majlis khawin dan sebagainya di seluruh Sabah. Bukankah lagu adalah mentera moden yang mampu memukau manusia ke arah kebaikan?

~DR.J~

Monday 9 February 2015

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN DUSUN ISLAM SABAH (PDIS) KEPADA TYT SABAH







Y.Bhg Dato' Dr. Hj Janathan (DR.J) telah mengetuai kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada 09.09.2015.

Sunday 18 January 2015

GPS Tandek, sekolah tertua di daerah Kota Marudu. Mulai beroperasi 1937.

Photo: GPS Tandek, sekolah tertua di daerah Kota Marudu. Mulai beroperasi 1937.

GPS Tandek, sekolah tertua di daerah Kota Marudu. Mulai beroperasi 1937.

SERONOK melakukan kerja dalam pasukan, apa lagi hal yang menyentuh sejarah keluarga besar. Sertailah misi meneruskan usaha* mendokumentasi salasilah keluarga TUMUNDA untuk mengabadikan ingatan kita terhadap nenek moyang, generasi semasa dan rujukan sejarah generasi akan datang. (* usaha mendokumentasikan keluarga ini antaranya telah dilakukan YBhg haji Omar Majun mantan ADUN Tandek, Bung Adi, Charles Juminding) {foto: Ybhg Datin Justina Tuyundo}
Kesedaran bersaudara yang tinggi membawa perpaduan fizikal, minda, perasaan dan spritual, namun melebihi segalanya ialah memperkasakan perasaan kasih dan sayang. Sesuai dengan rahmat Tuhan yang maha pengasih dan penyayang, gelombang kasih sayang keluarga ini pasti membawa kesejehteraan.

Saturday 17 January 2015

JIKA berjuang, penting bagi kita mengenali diri dari aspek peranan, iaitu samada sebagai pencetus ideologi, pejuang, penyokong atau pengikut. Penting bagi kita berbuat demikian supaya tidak timbul masalah terlalui diberati peranan dalam sesuatu perjuangan.

Friday 16 January 2015

HARI ini rakyat mahu yang terbaik dari kita. Jika kita terpelajar, contohnya, rakyat mahu kita memberikan kemahiran, bukan setakat memberi pengetahuan sebab dengan kemahiran rakyat dapat menjadikan impian menjadi realiti.

Thursday 15 January 2015

MAKLUMAT adalah rezeki dan antara maklumat yang kritikal bagi petani ialah apakah jenis tanaman yang paling sesuai bagi tanahnya. Jika semua petani di utara sabah~~misalnya~~mengetahuinyanya maka pasti mereka tidak ragu-ragu mengusahakan tanah terbiar. Soal pasaran bukan masalah kalau pengeluarannya mencapai ribuan kontena kerana jutaan manusia di luar sabah sangat memerlukannya.
KURANG tepat jika mentang-mentang jadi politican cepat mengaku dirinya pemimpin kecuali memang mempunyai ribuan pengikut kerana hubungan pengikut dengan pemimpin tidak sama dengan calon dengan pengundi.
~ DR.J~

CINTA TERBAIK


Jujur saja ku tak mampu
Hilangkan wajahmu di hatiku
Meski malam mengganggu
Hilangkan senyummu di mataku
Ku sadari aku cinta padamu

Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik

Jujur saja ku tak mampu
Tuk pergi menjauh darimu
Meski hatiku ragu
Kau tak di sampingku setiap waktu
Ku sadari aku cinta padamu

Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik

Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik

Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik (cintaku yang terbaik)
Tapi cintamu yang terbaik (cintaku yang terbaik)
Tapi cintamu yang terbaik

Wednesday 14 January 2015

PENETAPAN strategi untuk capai matlamat adalah kritikal, malangnya kerana mudah gopoh, mau cepat siap, kita leka tentang meta strategi~~strategi untuk tetapkan strategi. Kerana meta strategy terabai, maka strategi yang difikir tepat, ternyata tidak ngam. Sebab itu, kita mudah putus asa, cepat menghukum: ada strategipun gagal!
INI mesti ide gila, tapi kerana yakin, biarlah dicakap juga: Kerana memang sudah ada struktur sosial dan urustadbir yang kukuh, maka dengan sedikit kerajinan dan kegilaan, ratusan ribu kampung di negara ini tiba-tiba sahaja ada "kerajaan keempat".
KERANA KINI semua orang pandai-pandai belaka, pemimpin tidak ada pilihan selain mengkayakan diri dengan ide. Itu pun tidak cukup. Rakyat mahu lebih daripada itu sebab ide ada usia dan kelasnya. Jika mula layu, tidak lagi menampakkan pengaruhnya, pemimpin perlu muncul hebat dengan ide baru untuk kelihatan tetap pemimpin di mata rakyat. Kalau tidak, pemimpin itu umpama ratu cantik yang sangat degil masih anggap dirinya masih cantik padahal dia baru terima facebook daripada cucunya.

Tuesday 13 January 2015

TERUTAMA yang memihak penggubalnya, dasar memang seronok sekali dilaksanakan dan jika boleh, lagi lama lagi baik, namun jika mula nampak tanda-tanda penentangan, penggubal dasar perlu cepat mengerti, dasar itu tidak lagi menampakkan pengaruh dan perlu segera memanggil Jeneralnya pulang sebelum yang teraniya jeritkan kemenangan moral. Walaupun sakit, Itu lebih mulia daripada kalah dalam peperangan.
KITA hairan panjang apa sebab otak tidak jalan, kemudian menyalahkan usia atau menyesal tidak cukup sekolah. Tidak perlu salahkan usia lanjut atau tahap pendidikan sebab tanpa kita sedari seperti juga fizikal, minda juga perlu latihan berterusan untuk kekuatan berfikir. Tidak percaya, cubalah CUTI berfikir setahun, tidur makan sahaja. Jangan hairan Jika kita rasa BEBAL~~otak tidak jalan.

Monday 12 January 2015

DULU, ketika mula merdeka dan berlarutan ke tahun 90an, golongan terpelajar bumiputera lebih suka politik namun trend sudah berubah. Kini, dunia korporat lebih menambat hati mereka. Tidak hairan suatu masa nanti, hanya golongan kaya menguasai dunia politik negara. Yang menakutkan, ketika bumiputera berjaya dalam dunia korporat, kuasa politik mereka semakin lemah. Jika yang kaya telah menguasai politik, akan mengambil 100 tahun ~~barangkali~~barulah bumiputera dapat berkuasa semula.


HADIR dalam majlis tahun baru kediaman YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili . Majlis yang menampakkan perpaduan dan kemesraan pemimpin kepada tetamu.

Sunday 11 January 2015

KITA perlu lebih ramai pemimpin yang ada towering personality supaya jadi "duta kecil" bagi masyarakat kelahirannya, di samping menjadi kebangaan dan sumber inspirasi.
MOHON maaf dan minta betulkan. Saya tidak pandai hal agama tapi saya yakin penganut islam dan kristian ada jalan berkawan. Bukankah Nabi Isa adalah dalam rentetan kenabian mengikut ketetapan Al-Quraan?
JIKA baru berjinak dalam hal mengadil, cubalah adili diri sendiri dan tidak MUSTAHIL verdict anda tidak tepat bukan kerana tidak adil tetapi ia berlaku hanya kerana konsep pengadilan tidak tepat.
DALAM NEGARA DEMOKRASI, mungkin pesalah moral muncul juara dan puncanya, apa lagi kalau bukan pengadilan yang tidak tepat.
JIKALAH ada kuasa keluar fatwa, wajib buat ketetapan: Mengadil tanpa kriteria yang tepat adalah haram dari segi etika, nilai dan moral.
KERANA kerja yang susah dan perlu kelulusan tinggi, hanya sedikit yang jadi Hakim, tapi tidak semestinya kita tidak boleh jadi hakim bagi hal-hal kepimpinan dengan syarat dibuat dengan adil, tepat dan boleh dipercayai. Kerana kepimpinan menyentuh kepentingan diri peribadi kita dan rakyat, jadi kita ada hak mengadil. Cubalah, tetapkan kriteria pengadilan yang tepat sebelum mengadil, Insha Allah kita jadi pengadil yang yakin, berwibawa dihormati dan mengatasi segalanya pengadilan itu jadi pahala. Bergurulah dulu sebelum mengadil, takut nanti~~misalnya~~seperti terima tugas mengadil ratu cantik, tapi definisi kecantikanpun tidak tahu. Jadi macam mana tahu siapa cantik mengikut piawaian sebenar?

Friday 9 January 2015

SEDIHNYA, terutamanya yang masih terengsut-engsut, modul pendidikan agama lebih kepada beritahu apa patut dibuat, kemudian perincian yang amat menakutkan tetapi malangnya kurang memberatkan tentang bagaimana melakukannya, menjadikan kita umpama orang yang tahu tentang penyakit yang dihidapi tetapi langsung tidak tahu obatnya.
KERANA pengetahuan lebih memberitahu tentang apa dan kemahiran pula adalah tentang bagaimana melakukan yang "apa", pusat latihan perlu lebih banyak daripada sekolah menengah supaya jumlah "apa" tidak kurang daripada "bagaimana?". Hanya dengan cara ini kita dapat melahirkan belia desa yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.
JIKA perasaan marah itu umpama API, KINI kita tahu mengapa dilarang memarahi orang melebihi tiga hari~~air dan angin dalam tubuh mendidih, gerenti badan jadi kering kontang sebelum terbakar.
TIDAK mengapa senyum lebar jika ada yang bilang kita pandai tapi dilarang senyum berterusan sampai tiga hari berturut-turut sebab kepintaran itu mungkin milik orang lain yang kita anggap milik kita.

Thursday 8 January 2015

TENTANG HAK, janganlah kita malu menuntut walau satu sen jika itu memang hak kita. Itu adalah lebih mulia daripada menjerit di mahkamah menuntut yang bukan kita punya.
TANPA disedari, kita sebenarnya anak "orang kaya" tetapi kita selalu lalai, selalu fikir nanti "bapa" kasi juga bah, terlupa "bapa" banyak anak, mana mungkin ingat anak yang pendiam!
KERANA "negara kita" di kampung, tiada pilihan yang lebih baik melainkan menyayangi segala yang ada di dalamnya~~flora, fauna, sungai, tasik dan melebih segalanya rakyat yang menunggu dengan sabar bantuan kita.
TIDAK perlu menunggu orang yang lebih besar berfikir untuk kita kecuali mereka memang jenis orang "larger than life"
Bukanlah sesuatu yang temberang jika seseorang itu berfikir melangkaui kedudukannya asalkan disampaikan secara beretika dan berseni untuk membolehkan~~misalnya~~seorang petani yang pendiam tiba tiba bercakap melebihi kepintaran menteri pertanian.

Wednesday 7 January 2015


Inovasi tidak terhad kepada
Ciptaan berjisim. Tegasnya Inovasi wujud di mana mana, termasuk inovasi kepimpinan. Kerana gaya kepimpinan adalah seperti resepi makanan maka wajar juga resepi baru kepimpinan diperkenalkan untuk kepuasan rakyat.
AKAN tiba satu ketika nama asal tenggalam dirajai gelaran berderet satu jengkal sehingga nama asal yang bapa bagi jarang disebut. Orang ini wajar sesekali berdoa supaya gelarannya yang kini jadi nama utama membawa tuah baginya.
MAKNA bagi sesuatu bukan tunggal, namun hanya yang rajin dapat mengerti sehingga empat makna. Maka rugilah mereka yang berpuashati setakat satu makna.
KERANA LAZIMNYA memimpin perubahan lebih rumit berbandingkan mengurus masalah, wajar para penilai KADANG-KADANG memenangkan pemimpin perubahan dalam pengadilan. Bukankah pemimpin perubahan yang biasanya membawa kemajuan?

Tuesday 6 January 2015

JIKA stress, tidak salah melihat dunia ini dari sudut pandangan pelawak, pasti semuanya lucu.
JIKA setuju masalah itu adalah kegaggalan dan pembangunan itu kejayaan maka tanpa disedari banyak masa kita mengurus kegagalan daripada mengurus kejayaan. Anehnya jika kita berjaya selesaikan longkang tersumbat, para penilai kata itu adalah KEJAYAAN.

Monday 5 January 2015

KETIKA kita sibuk merayakan Pesta Demokrasi, bangsa luar muncul sebagai jutawan padahal tidak pernah menyebut pasal politik.
PERKARA baik yang patut kita perjuangkan ialah mengubah budaya turun temurun bumiputera yang berterusan tangan kekal di bawah. Kini tiba saatnya kita bukan lagi pelanggan tetapi pembekal; pekerja kepada majikan; pembaca kepada penulis; penulis kepada editor; editor kepada pengulas; pelakon kepada penerbit; pengikut kepada pemimpin. Hanya dengan cara ini bumiputera betul-betul jadi TUAN di tempat sendiri, tambahan lagi bukan kah mulia jika tangan sentiasa di atas?

Sunday 4 January 2015

Regim kualitatif merajai dunia. Tidak percaya? Bercakap lah secara logik, tidak ramai yang mendengar, malahan ramai menguap sebelum tertidur. Sebaliknya, datangkan tukang lawak, pasti ramai yang memujanya.
NEGARA MAJU membiarkan cendiakawan SEBEBASNYA bercakap pelbagai isu kerana ketua kerajaan sedar semangkin ramai orang pintar bercakap maka semakin relevenlah kerajaan yang dipimpinnya.

Saturday 3 January 2015


Saya fikir, selain senyuman, seringan-ringan sedekah ialah sumbangan ide. Sedekah dalam kategori ini banyak di wall saya. Semoga menjadi tawasul dalam mencorakan kejayaan tahun
2015.
BERJUANG atas tujuan kebaikan adalah paling mudah sebab tiada ukaran kalah atau menang, yang dikira adalah banyak atau sedikitnya pahala yang dijana, malahan sekadar ada niat sudah cukup bagus.

SATU perkara yang perlu kita ingat, politik adalah hal yang

baik dan sesiapa juga yang bercakap pasal politik adalah orang baik dan mengatasi segalanya ialah politik bukan untuk tujuan permusuhan.

CENDIAKAWAN Malaysia ramai memilih sikap berdiam diri, tidak mau cakap pasal kepimpian dan rakyat kerana satu sebab~~takut dianiya. Dan bukanlah sesuatu yang aneh cendiakawan yang terlalu vocal dibilang jahat dan merosak rakyat, padahal pendapatnya
berbentuk konstruktif yang lahir daripada gagasan revolusi positif.
JIKA ada pertarungan antara yang patut dengan apa yang tidak patut, tatap yang tidak patut yang menang. Apa lagi cabaran yang lebih baik selain memenangkan yang patut?
LAZIMNYA jika menyebut isu kepimpinan dan rakyat , kita cepat kaitkan dengan politik padahal isu ini muncul di mana-mana~~institusi keluarga, perniagaan, perladangan dan NGO. Dalam konteks Sabah, bukanlah sesuatu yang aneh sebab seingat saya Sabahlah juara pengeluar parti politik di Malaysia. Oleh itu menyebut isu kepimpinan dan rakyat, wajar kita kaitkan dengan isu-isu kritikal BUKAN POLITIK seperti TANAH TERBIAR DAN PATRIOTSME.

Friday 2 January 2015


BERUNTUNG LAH pemimpin yang sanggup menjadi pengikut
terutama ketika rakyat sedang marah dan berkeras berfungsi sebagai pemimpin, namun pemimpin yang sejati tidak kekal jadi pengikut kerana dia cepat mengerti falsafah di sebalik tindakan rakyat.

TERUTAMA ketika pemimpin
semakin lemah, rakyat yang kecewa cenderung bersatu dalam beberapa kumpulan kecil sebelum mengangkat pemimpin besar dalam kalangan mereka dengan satu tujuan~~Impian menjadi realiti.

Thursday 1 January 2015

Selamat Tahun Baharu 2015




DENGAN rahmat Tuhan yang maha pengasih dan penyayang marilah kita meletakan sepenuh harapan dan berdoa Semoga kita dilimpahkan kasih dan sayang kepada kita semua, sentiasa dalam rahmat serta terlepas daripada malapetaka sepanjang tahun 2015. SELAMAT TAHUN BARU