Sunday 28 December 2014

Hari Krismas Keluarga Simbir di Kg.Damai




Ahad : 28.12.2014
Lokasi : Kg.Damai

Memenuhi undangan Hari Krismas dan menyambut menantu di rumah keluarga Cikgu Albert Simbir.
Berpeluang merakam gambar bersama Cikgu Albert.













Ahad : 28.12.2014
Lokasi : Tanjung Simpang Mangayau

Wacana Ilmu Penulisan Lirik Lagu, Biografi & Pengisahan Legenda Setempat. Anjuran Kelab Penulis Kadazandusun Murut Malaysia (MOMOGUNSIA) di Simpang Mengayau, BorneoTip Beach Lodge Kudat 28 Dis2014, dirasmikan Penasihat Datuk Dr Janathan Kandok. BersamaRaymond MajumahKathrina SitaimMami BesaLatiff KandokNong Tuyundo

Saturday 27 December 2014


27.12.2014 (Sabtu)
Dr.J memenuhi undangan perkahwinan di Kg.Mangkalua





27.12.2014 ( Sabtu) 
Dr. J menghadiri jemputan perkawhinan di Kg.Morion.
JIKA kebaikan menjadi budaya, jika kelak tersepak tunggul, lidah cepat menyebut Tuhan.
MELAKUKAN kebaikan adalah seperti makan. Adalah sia-sia makan banyak dengan harapan akan kekal kenyang sampai seminggu. Anda boleh berasa sangat kenyang tetapi esok pasti lapar lagi. Melakukan kebaikan begitu juga. Kebaikan hari ini tidak lagi menampakkan pengaruhnya tahun hadapan. Tiada pilihan, kita perlu baik setiap masa walaupun sedikit.

Hari Keluarga Siapon & Ambangin




Sabtu : 27.12.2014 
Dr. J merakam gambar kenangan bersama Shahnuar @ Ungas Bodok dalam Majlis Hari Keluarga Siapon & Ambangin di kediaman En.Masundang Siapon di Kg.Salimandut

BERHATI hati dengan "graduan institut siasah." Mereka sentiasa berjaya memenangi hati rakyat melalui strategi ilusi kejayaan tetapi jika rakyat tanya kenapa jalanraya belum diaspal, jawabnya: Tanya DO!

Y.Bhg Dato' Dr. J memenuhi undangan Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sempena Krismas Terbuka di Hongkod. Syabas dan tahniah Dato' Dr.J
JIKA anda bukan penyanyi tetapi mendapat tepukan meletup-letup padahal belum mula nyanyi, belum pasti tepukan itu ditujukan kepada anda sebaliknya penonton bersorak hanya kerana meminati lagu yang anda nyanyi. Demikian halnya dengan kepimpinan. Orang terlalu menghormati bukan semestinya ditujukan kepada diri peribadi pemimpin itu sebaliknya kerana jawatan yang disandang orang berkenaan.
KAMPUNG HALAMAN adalah "kingdom" rakyat. Tidak ada pilihan, melainkan seorang "putera raja" perlu cepat tampil sebagi simbol perpaduan.

Friday 26 December 2014


Jika lalai mengingat Tuhan walau sedetik, menjadi tanggungjawab kita memohon keampunan. Takut nanti "Aku"
lupa diri lalu selesa 
mengaku berdaya upaya.
HARI ini pengikut sama pintar dengan pemimpin. Hal ini memaksa pemimpin mesti kekal pada aras pemikiran tinggi yang dapat mengajak rakyat nampak, rasa, dan nikmati impian supaya rakyat bangkit menjadikan impian itu menjadi realiti.

Thursday 25 December 2014

Seringan-ringan pengetahuan tentang sejarah negara ialah asal usul kampung halaman aendiri. Jika ini pun tidak tahu, sudah tibanya penulis-penulis tanah air mengambil peranan.
PETANI yang tidak memainkan peranan peniaga akan berterusan kecewa mengapa pisangnya tiada pembeli padahal pisang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran.
JIKA anda bukan penyanyi tetapi mendapat tepukan meletup-letup padahal belum mula nyanyi, belum pasti tepukan itu ditujukan kepada anda sebaliknya penonton bersorak hanya kerana meminati lagu yang anda nyanyi. Demikian halnya dengan kepimpinan. Orang terlalu menghormati bukan semestinya ditujukan kepada diri peribadi pemimpin itu sebaliknya kerana jawatan yang disandang orang berkenaan.
JIKA anda bukan penyanyi tetapi mendapat tepukan meletup-letup padahal belum mula nyanyi, belum pasti tepukan itu ditujukan kepada anda sebaliknya penonton bersorak hanya kerana meminati lagu yang anda nyanyi. Demikian halnya dengan kepimpinan. Orang terlalu menghormati bukan semestinya ditujukan kepada diri peribadi pemimpin itu sebaliknya kerana jawatan yang disandang orang berkenaan.

Wednesday 24 December 2014

BENARLAH baik itu tetap baik namun jika baik itu tidak dilengkapi dengan kepintaran, ia boleh merugikan. Bukankah merugikan rakyat jika imam yang baik tetapi masih selesa walaupun bumbung mesjid bocor bertahun lamanya?

Tuesday 23 December 2014

Melancarkan Ceramah GST Di Dewan Komuniti Kota Marudu






Y,Bhg Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok, Pengarah Kastam Sabah telah melancarkan Ceramah GST Anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu. 

SAMADA sebagai aktivis NGO, Pengerusi JKKK atau Wakil Rakyat, memimpin rakyat di luar bandar seakan menyamai pengaturan hal ehwal sanak saudara dan sahabat handai serta mereka yang memang dikenali sejak kecil lagi. Motivasi apa lagi diperlukan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan untuk menjadi begitu komited menjadikan impian rakyat desa menjadi realiti?

Monday 22 December 2014

Kerana para pengamal budaya, atrifak sejarah, pelbagai herba perubatan, peralatan musuk tradisi, para penutur sejarah lisan dan sastera rakyat ADA di desa, mungkin wajar juga kita mengiktiraf warga desa sebagai PENYIMPAN KHAZANA NEGARA.

DR.J


Dunia maya menarik minat jutaan manusia terutama penulis Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok yang juga dikenali sebagai Dr.J dalam kalangan wartawan.
Dr.J memilih facebook untuk menurunkan pemikirannya. Beliau yang juga Pemenang Anugerah Sastera Perdana memilih pelbagai isu dan disampaikan dalam bahasa mudah dan berseni.
Mesej yang disampaikan terselindung dalam ungkapan yang lucu dan sinis namun siatur dengan teliti sehingga lebih nampak mengajar daripada mengkritik, menjadikan nukilan-nukilannya begitu popular dalam kalangan rakan-rakan facebook.

Sunday 21 December 2014

Perlawanan Bola Sepak Amal di Antara Sabah Artist United (SAU) vs Pilihan Kimaragang





Ahad : 21.12.2014

Perlawanan Bola Sepak Amal di antara Sabah Artist United (SAU) vs Pilihan Kimaragang telah berlangsung di Padang Majlis Daerah Kota Marudu.
Kemenangan 2-1 berpihak kepada Pasukan SAU. Seramai 40 orang artis tempatan Sabah berkampung di Kota Marudu bagi menjayakan program ini yang antara lainnya bertujuan untuk mengumpul dana bagi Sikul Paganakan Kimaragang (SPK) atau dalam Bahasa Melayu, Taska Kimaragang.

Seramai 300 orang penonton hadir dalam program ini.

Wednesday 17 December 2014

BUDAYA tentang hak milik, tidak teradun dalam budaya kita sehingga kita putih mata tentang banyak hal~~tanah, artifak sejarah, lagu rakyat, malahan anak kandung sendiri.
Jika kita tidak ada budaya tentang sesuatu, saya fikir tidak mengapa meniru budaya bangsa lain untuk kemajuan kita. Kita tidak ada budaya yang sesuai tentang pengurusan tanah. Budaya Pengusahaan tanah sejak turun temurun telah gagal membawa kita ke tahap pengeluar, sebaliknya telah mengekalkan kita sebagai pembekal hasil pertanian peringkat Tamu sahaja, jauh sekali sebagai pengeksport yang mendatangkan bilion ringgit.

Tuesday 16 December 2014

Semuanya bermula dengan impian untuk berjaya, namun impian tidak muncul begitu sahaja. Antara penjana impian ialah kesukaran hidup atau masalah. Tegasnya, jika anda hidup selesa, kemungkinan besar impian tidak terbangun, menjadikan anda tidak terfokus kepada agenda besar dalam hidup. Jika anda orang senang dan tiada cabaran, wujudkan "masalah atau musuh tiruan" untuk melahirkan sebuah impian (pesanan ini untuk kaum kerabat saya)

Friday 12 December 2014

SUDAH jadi trend dunia penduduk negara maju hanya minat kerjaya berprestej tinggi. Di sabah, tanda tanda itu sudah nampak. Kini susah cari tukang rumah, tukang rumput dan tukang besi. Dalam hal ini, kita ada dua pilihan. Pertama, perkasakan kempen suka kerja kolar biru sampai wujud budaya bangga kerjaya ini dalam kalangan rakyat. Kedua, PTI yang telah dihalalkan melalui pemberian kad bunga raya dizonkan dalam kawasan perindustrian atau perladangan untuk misi memacu pertumbuhan ekonomi Sabah. Bukankah diorang datang sini untuk dapatkan kerja? Pakatlah dalam mesyuarat ASEAN untuk dapat input gubal Akta
Buruh asing baru supaya mereka dapat dimanafaatkan untuk kepentingan negeri sabah.

Monday 1 December 2014

YANG mengenal patriotsme ialah hati kerana itu
Hati perlu ada tapaknya. Apa lagi tapak yang kukuh selain budaya kita?

Sedihnya, kita semakin rengang dengan budaya kita, menjadikan kita hilang identiti dan jati diri. Bahayanya, takala kita hilang budaya, kita